Sunday, 11 December 2011

SKUAD PRIHATIN BANJIR - PAS KAWASAN BUKIT GANTANG

PENUBUHAN SKUAD PRIHATIN BANJIR PAS KAWASAN BUKIT GANTANG:


Allah menjelaskannya dalam Al-Qur’an pada Surah Al-Baqoroh ayat 155 – 157 :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157)
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (rezeqi). Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(155) (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: (Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami sedang/akan menuju kembali kepada-Nya) (156) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". 
Pada 5 hb Disember 2011 (Isnin) Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Gantang telah bermesyuarat dan memutuskan (atas arahan Lajnah Kebajikan PAS Negeri Perak) menubuhkan satu Skuad Prihatin Banjir bagi menangani masalah banjir sekiranya berlaku didalam kawasan Parlimen. 
Orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa ditalian 'hotline' yang tertera dibawah ini dan insyaALLAH, pihak Lajnah yang terdiri dari gabungan Lujnah sendiri,DMPK, MTD, DPPK, Jabatan Unit Amal dan DHPP akan datang membantu.
1. Tuan Hj Zainuddin bin Hamzah ( Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan ) No. H/P: 019-5205025
2.Tuan Hj Hassan bin Ahmad ( Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Kawasan ) : No. H/P: 019-5789690
3. En Zainuddin bin Zainol ( Jabatan Unit Amal Kawasan - DPPK ) No. H/P: 019-6001821
4. Puan Hjh Jiaranah binti Yahya ( DUN Sepetang ) No. H/P: 013-4333521
5. Puan Hjh Mashitah binti Nordin ( DUN Changkat Jering ) No. H/P:013-5199637
6. Puan Fadhilah binti Tahir ( DUN Trong ) No. H/P: 013-5096230
7. En Chai Wee Seng ( Dewan Himpunan Penyokong PAS ) No. H/P: 016-5380155
8. En Thanarajan ( Dewan Himpunan Penyokong PAS ) No. H/P: 016-5296635 

Negara Berkebajikan : PAS mahu rakyat jadi Tuan

SHAH ALAM, 11 Dis: Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.

Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini,  Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa.

"Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai.

"Sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan konsep negara berkebajikan ini juga akan menjadi menifesto pada pilihanraya yang akan datang dan ia selaras dengan kesepakatan di dalam Buku Jingga.

Tawar 10 agenda

Dalam buku itu juga, PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi yang menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Mudah-mudahan ia akan jadi pemangkin kepada rakyat untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

"Jika rakyat menilai secara jelas negara kebajikan ini maka ia akan melancarkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti," kata Abdul Hadi.

Saturday, 22 October 2011

Persidangan ICT 2011 & Media Baru









Anjuran : Lajnah iCT  & Jabatan iT PAS Pusat
dengan Kerjasama Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat.







Monday, 17 October 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita






Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Saturday, 15 October 2011

KUASA ALLAH TIADA BANDINGAN

Aku Seorang Dai dan Murabbi
                Islam ialah agama dakwah dan tarbiah.Islam agama yang mengajar manusia kepada kebenaran. Sejak zaman Rasulullah s.a.w., dakwah dan tarbiah menjadi agenda utama membangunkan aqidah umat, akhlak mulia dan amal soleh. Ia disambung oleh para sahabat, tabi tabii, para ilmuwan dan ulama dari dulu hingga kini. Hasilnya Islam berkembang dan subur dimana-mana.

Dakwah dan Tarbiah Satu Kemestian
                Dengan izin-Nya dan di bantu oleh pendakwah-pendakwah yang lain, kesedaran Islam berkembang di kampus-kampus lain dan akhirnya menyubur dalam kalangan masyarakat. Kesan daripada dakwah yang meluas meyebabkan timbul keinginan untuk melihat Islam hadir dalam sistem dan arus perdana. Kuncinya ialah kesediaan untuk melakukan dakwah secara bijaksana dan usaha untuk membaiki diri dan sistem.
                Lebih-lebih lagi kini tuntutan dakwah dan tarbiah adalah satu kemestian. Terdapat generasi yang pergi dan datang. Yang baru perlu disantuni dengan dakwah supaya mereka tidak terperangkap dengan arus globalisasi dan pembaratan yang semakin rancak. Persiapan yang paling penting adalah ilmu tentang dakwah dan Islam serta ilmu selain Islam sebagai faktor perbandingan. Kedua harus ada keupayaan komunikasi yang baik supaya idea-idea dakwah dan tarbiah berkembang dan memberi kesan kepada yang mendengar.
                 Sebagai seorang dai, peribadi harus dijaga dan pendakwah harus memiliki wibawa. Kesabaran dan kebijaksana adalah kunci utama.

Monday, 5 September 2011

Pelancaran Blok, FB dan Buletin Al- Mujahidah DMPK

Pelancaran Blog, FB dan Buletin Al-Mujahidah  DMPK
Tarikh : 17 Ogos 2011 (Rabu)
Tempat : Markas Pas Bukit Cempedak
Masa: 10.00 Pagi
Perasmi : Cikgu Shaharuddin Bin Ahmad Sani (Ketua Penerangan Pas Kawasan)

 




  Unit Media Muslimat Bukit Gantang
Pn. Zulina Bt. Mohamed
Cik Nor Shima Binti Megat Kasim
Cik Faridah Hanim Binti Ghazali