Saturday 9 July 2011

Umpama Pohon yang Tidak Gugur Daunnya

Daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. telah membawakan suatu kiasan dengan mengumpamakan orang Mukmin dengan pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon yang dimaksudkan itu ialah Pohon Kurma.
      Menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi, sebagai mana tidak gugurnya daun daripada pohon kurma, begitulah kekuatan dan ketahanan yang tidak luntur daripada orang Mukmin. Selain itu, seorang Mukmin dapat memberi manfaat yang berterusan sama ada untuk dirinya sendiri ataupun orang lain.
 Begitulah juga pohon kurma yang dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya sama  ada pohon, buah, pelepah dan sebagainya. Kiasan yang diutarakan oleh Rasulullah s.a.w. telah digambarkan dengan lebih jelas lagi kedudukan orang Mukmin. Apatah lagi apabila diumpamakan orang Mukmin itu seperti pohon kurma, maka dengan mudah sekali difahami kerana orang Arab semmangnya sudah mengetahui faedah-faedah yang terdapat pada pohon kurma tersebut.
      Menurut maklumat daripada Wikipedia, pokok kurma atau tamar (dikenali dalam bahasa saintifik sebagai Phoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh kerana sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak dapat diketahui, tetapi mungkin berasal dari satu tempat di Gurun Afrika Utara dan mungkin juga Asia Barat Daya.