Sunday, 18 December 2011

KURSUS MERAYU UNDI HaLWa PARLIMEN BUKIT GANTANG-18 DIS 2011 AHAD

18 Dis. 2011, Ahad:  DMPK Bukit Gantang hari ini telah menganjurkan satu Kursus PGS Merayu Undi HalWa Parlimen yang melibatkan AJK DMPK Bukit Gantang, AJK HalWa JPRK AJK Halwa MTD-MTD, Ketua & S/Usaha Halwa UPU, Ketua & S/Usaha JMC dan Petugas-petugas Hardcore Parlimen Kawasan Bukit Gantang. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada ahli-ahli terhadap gerak-kerja yang efisyen merayu undi. Disamping itu juga bertujuan bagi memantapkan strategi menghadapi PRU 13. Sebanyak 10 jenis soalan telah disediakan oleh Puan Amizan kepada petugas perayu undi  untuk di bengkelkan . Puan Amizan  sebagai fasilitator bagi memudah-carakan supaya hasil & tujuan kursus ini diadakan mencapai matlamat seperti yang dikehendaki. Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 t/hari di markaz Negeri Air Kuning, Taiping, Perak.

"BERJUANGLAH WAHAI ANSORULLAH,
DENGAN MATLAMAT DAULAH ISLAMIAH,
BERKORBANLAH WAHAI YANG BERIMAN,
DENGAN HARTA DAN SEGENAP KEPUNYAAN,
BERGERAKLAH KEGERBANG JASA,
KALAH MENANG BUKAN ALASANNYA......."



AJK DMPK

HalWa  DUN Sepetang

Sedang memberi sepenuh tumpuan...kena buat catitan

Persembahan bengkel....kena serius

HalWa DUN  Changkat Jering

Persembahan bengkel kumpulan yg terlibat




Persembahan yg teruja...


HalWa  DUN Trong

Perbincangan sebelum bengkel

Ada kertas kerja ke?

Pn Zaiton sebagai pengerusi majlis

Brainstorming....(percambahan fikiran)...masing-masing ada peranan

Peserta 3 DUN Parlimen Bukit Gantang..N13,N14 & N15



Pn Amizan Ketua DMPK Bukit Gantang sedang memberikan taklimat

Tumpukan perhatian & pendengaran ...

Dah dapatkan jawapan nya? Giliran kita lepas ini....

Pendaftaran oleh Ketua HalWa  N13,N14 dan N15...(sempat juga depa bergambar)

Bincang dan dapatkan kata sepakat atas soalan yg dilontarkan...kemudian buat rumusan


Penggulungan atas isu yg dicetuskan...ambil perhatian


Panjang lebar perkara yg dibincangkan

Rumusan telah dicapai...


Siapa yang nak mulakan persembahan?

Saturday, 17 December 2011

MAJLIS BERKHATAN: PARLIMEN BUKIT GANTANG

Banner Majlis Khatan

Persiapan terakhir "Bunga Manggar" oleh DMPK & Lujnah Kebajikan untuk upacara mengiringi anak-anak yang akan dikhatankan....

Cenderahati siap disusun bagi menyempurnakan majlis itu

Unit Jabatan Bomba & Penyelamat Taiping diundang membantu didalam majlis tersebut

Anak-anak peserta diarak dengan kumpulan kompang " SIDANG SENDUK - Tales of the River" untuk upacara mandian. Turut sama mengiring ialah YB DSNJ.

Pncutan air, tanda perasmian majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen.


Sejuuuuuknya......

Adik Farid Shahrir bin Yusuf, peserta yang paling muda berumur 3 tahun menyertai sama.....kata Ayah dan Ibunya , ia atas kemahuan nya sendiri....

Ibu & bapa anak-anak peserta...

" Berkhatan itu dituntut oleh syarak dan salah satu sunnah Nabi SAW....". Ucapan dari DSNJ. 

Tempat berkhatan dah siap dan Tok Mudim pun dah siap-siaga...jangan takut...mulakan dengan Bismillah...


AJK PAS Kawasan, AJK DMPK, & AJK Lujnah Kebajikan (Skuad Kebajikan)  sedang berehat sebentar menjamu selera dan berbincang

Dah siap pun....Alhamdulillah....sakit sikit je...didoakan agar cepat sembuh

DSNJ, Ust Idris, YB Dun Sepetang dan NYDP sedang berbual menunggu  majlis tersebut tamat
17 Dis 2011 Sabtu : Satu majlis berkhatan beramai-ramai dimusim cuti sekolah ini telah diadakan di Musolla Batu 8, Jalan Trong, Bendang Siam anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang dan PAS Kawasan Bukit Gantang.


Seramai 26 orang menyertai majlis ini yang terdiri dari anak-anak penduduk dalam Parlimen kawasan ini iaitu DUN Cht Jering, DUN Sepetang dan DUN Trong.


Ahli Parlimen Datuk Seri Hj Nizar bin Jamaluddin telah merasmikan majlis tersebut. Turut hadir sama ialah AF Ust Hj Idris bin Hj Ahmad selaku AJK PAS Pusat dan juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Malaysia. Gerak kerja turut dijayakan sama oleh AJK PAS Kawasan, Sekretariat Ahli Parlimen, Dewan Muslimat PAS Bukit Gantang, Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang, Jabatan Unit Amal dengan sokongan dan kerjasama ibu-bapa peserta dan orang ramai. Diantara Lujnah yang terlibat ialah Lujnah Kebajikan PAS Kawasan & DMPK, Lujnah Penerangan PAS Kawasan & DMPK.
Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping juga turut dijemput untuk membantu memandikan anak-anak yang hendak berkhatan dengan menyediakan kenderaan tangki air yang besar.


Lujnah Kebajikan DMPK telah berbesar hati menyumbangkan cenderahati dan bunga telur kepada peserta-peserta dan juga kepada anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. DMPK yang diketuai oleh Puan Hjh Jiaranah telah membantu melaksanakan majlis tersebut dari awal hingga akhir dengan jayanya.


Mudim terkenal dari Batu Hampar Jalan Beruas Tn Hj Shaaran telah melakukan upacara berkhatan beramai-ramai itu.


Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan baik, lancar dan selamat.

Thursday, 15 December 2011

AL-FATIHAH: KEMBALINYA KESISI ALLAH SEORANG MUJAHIDAH

Suasana sayu dihalaman rumah Allahyarhamah, sanak saudara dan sahabat handai datang untuk menziarahi kali terakhir

Pandangan diruang hadapan pintu masuk

Kelihatan Ayahanda kepada Allahyarhamah bersama AF Ust Nor Azli Musa dan AF Ust Sidik Nor ( Timb. Ketua Dewan  Ulamak PAS Negeri Perak / Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Bukit Gantang)





Jenazah hendak diusung bawa ke Masjid Batu 26 untuk disembahyangkan....pergi dan tidak akan kembali lagi...perginya seorang mujahidah...terasa amat sangat kehilangannya, tetapi hanya Allah yang lebih sayang kepada nya...

Diantara Muslimat yang berada awal datang menziarahinya....Jenazah nya diselenggarakan/ditajhizkan oleh Skuad Kebajikan Muslimat PAS Bukit Gantang dan penduduk tempatan dikampung tersebut...itulah penghormatan yang mampu diberi kepadanya

"Segala tingkah laku akhlak, makan minum, tutur-kata , mohon  diampun apalah kiranya....dan yang bersangkutan dengan Allahyarham, datang lah berjumpa saya"...itulah diantara yang diucapkan dan diharapkan dari seorang Ayah yang amat mengasihani akan anak kesayangannya...menyentuh hati kepada yang hadir

Perginya jasad yang kaku, demi menyahut seruan Ilahi....akan disembahyangkan pada jam 11.00 pagi iaitu sebelum Solat  Jumaat hari ini. " Sesungguhnya bagi Allah jua apa yang diambilnya dan bagi Allah jua apa yang diberikannya. Dan setiap orang telah ditentukan oleh Allah akan ajalnya, oleh itu bersabarlah dan berharaplah semoga diberikan balasan yang baik".

" Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh".........diantara tuntutan atau hak muslim keatas saudara yang seagama dengan nya ialah mengiringi jenazah dan menyembahayangkan nya....




Jenazah siap diletakan dihadapan bertentangan mimbar...." Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya "

AF Ust Sidek Nor mengimami solat jenazah bersama puluhan jemaah yang lain....Ya Allah ampunilah dosanya, limpahilah rahmat kepadanya, selamatkan lah dia dan maafkan lah segala kesalahannya, muliakanlah kedudukannya.......Amin

" Sesiapa yg menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, baginya satu Qirat. Dan siapa yang menyaksikannya sehingga pengkebumiannya, maka baginya dua Qirat". Lalu ditanya orang kepada Rasulullah SAW: " Apakah dua Qirat itu?". Baginda menjawab; : Pahala seperti dua bukit yang besar".- Maksud Hadis Nabi SAW.





Pengerusi PASTI Negeri Perak menyampaikan sumbangan kepada ayahanda beliau....sebak  dan sayu kami yang menyaksikan nya....

TPJ Pas Perak / AJK PAS Pusat Tn Hj Asmuni turut bersama bersolat jenazah dan menyampaikan ucapan Takziah bagi pihak dirinya dan seluruh Pimpinan PAS diperingkat Negeri dan Pusat......

Bacaan Talqin akan diketuai oleh AF Ust Nor Azli Musa....

Disinilah tempat persemadian yg terakhir hinggalah sampai kepada hari yang di bangkitkan ....Bersemadilah wahai sahabatku dgn tenang dan aman. Segala perhiasan dan kebahgiaan (manis & pahit ujian) yang engkau lalui didunia ini telah hilang daripada mu........
"Wahai jiwa yg tenang! Kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg tenang lg di redhoinya...Maka masuklah engkau di-dalam kumpulan hamba2KU yg berbahagia(yang diredhoi), Dan masuklah ke dalam syurgaKU..."


Perginya buat selama-lama seorang insan mujahidah yang gigih berjuang bersama-sama DMPK Bukit Gantang (PAS Kawasan Bukit Gantang) iaitu Allahyarhamah Cik Zuraidah bt Ramli pada tanggal 15 Dis 2011 bersamaan 19 Muharram 1433H (Khamis malam Jumaat) pada jam 9.00 malam di Hospital Manjung kerana sakit.
Beliau juga merupakan seorang Guru PASTI Nurul Jawhar, Batu Hampar yang gigih mengajar anak-anak didiknya dikawasan tersebut.

Segala urusan pemandian dan pengkafanan telah dilaksanakan oleh anggota-anggota Skuad Kebajikan DMPK Bukit Gantang bersama waris-waris terdekat Allahyarhamah dengan sempurnanya.

Jenazah akan disembahyangkan di Mesjid Batu 26 Batu Hampar ( Jalan Beruas ) pada jam 11.00 pagi dan akan disemadikan ditanah perkuburan disitu.

Semoga roh nya sentiasa dicucuri rahmat dan mendapat keampunan, ditempatkan bersama-sama para solehin dan syuhada'.....Amin Ya Rabbal 'Alamin.
AL-FATIHAH

Sunday, 11 December 2011

SKUAD PRIHATIN BANJIR - PAS KAWASAN BUKIT GANTANG

PENUBUHAN SKUAD PRIHATIN BANJIR PAS KAWASAN BUKIT GANTANG:


Allah menjelaskannya dalam Al-Qur’an pada Surah Al-Baqoroh ayat 155 – 157 :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157)
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (rezeqi). Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(155) (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: (Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami sedang/akan menuju kembali kepada-Nya) (156) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". 
Pada 5 hb Disember 2011 (Isnin) Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Gantang telah bermesyuarat dan memutuskan (atas arahan Lajnah Kebajikan PAS Negeri Perak) menubuhkan satu Skuad Prihatin Banjir bagi menangani masalah banjir sekiranya berlaku didalam kawasan Parlimen. 
Orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa ditalian 'hotline' yang tertera dibawah ini dan insyaALLAH, pihak Lajnah yang terdiri dari gabungan Lujnah sendiri,DMPK, MTD, DPPK, Jabatan Unit Amal dan DHPP akan datang membantu.
1. Tuan Hj Zainuddin bin Hamzah ( Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan ) No. H/P: 019-5205025
2.Tuan Hj Hassan bin Ahmad ( Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Kawasan ) : No. H/P: 019-5789690
3. En Zainuddin bin Zainol ( Jabatan Unit Amal Kawasan - DPPK ) No. H/P: 019-6001821
4. Puan Hjh Jiaranah binti Yahya ( DUN Sepetang ) No. H/P: 013-4333521
5. Puan Hjh Mashitah binti Nordin ( DUN Changkat Jering ) No. H/P:013-5199637
6. Puan Fadhilah binti Tahir ( DUN Trong ) No. H/P: 013-5096230
7. En Chai Wee Seng ( Dewan Himpunan Penyokong PAS ) No. H/P: 016-5380155
8. En Thanarajan ( Dewan Himpunan Penyokong PAS ) No. H/P: 016-5296635 

Negara Berkebajikan : PAS mahu rakyat jadi Tuan

SHAH ALAM, 11 Dis: Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.

Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini,  Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa.

"Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai.

"Sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan konsep negara berkebajikan ini juga akan menjadi menifesto pada pilihanraya yang akan datang dan ia selaras dengan kesepakatan di dalam Buku Jingga.

Tawar 10 agenda

Dalam buku itu juga, PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi yang menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Mudah-mudahan ia akan jadi pemangkin kepada rakyat untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

"Jika rakyat menilai secara jelas negara kebajikan ini maka ia akan melancarkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti," kata Abdul Hadi.