ALHAMDULILLAH... PIMPINAN PAS PUSAT DAN NEGERI NEGERI TURUT HADIR KE MARKAZ TMN KUNING SARI INI ANTARANYA UST IDRIS HJ AHMAD (AJK PAS PUSAT), USTAZ ABU BAKAR HUSSEIN (PESURUHJAYA NEGERI PERAK), DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 1 / AHLI PARLIMEN BKT GANTANG), USTAZ MISBAH MUNIR (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 2), TN. HJ RAZMAN ZAKARIA (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 3) PIMPINAN KAWASAN DAN JUGA CAW.2 BERDEKATAN. SEMOGA DENGAN KUNJUNGAN2 DARI PAS PUSAT DAN NEGERI PAS TMN KUNING SARI AKN MENJADI KUBU KUAT PAS PULA...INSYA ALLAH....
Wednesday, 28 December 2011
Taklimat Penerangan PAS Negeri Perak
Tarikh : 25 Disember 2012
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning
Dirasmikan oleh : Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang
"Menuju Negara Berkebajikan"
Taklimat penerangan adalah untuk menerangkan dasar perjuangan
bagi menarik sokongan orang ramai kepada perjuangan PAS.
Penerangan sebagai IRSYAD, bermatlamat ke arah membimbing dan tunjuk ajar, supaya tugas untuk inspirasi tentang kebaikan supaya dihayati dan kemungkaran dihindari.
Penerangan juga sebagai DAKWAH, bermatlamat ke arah menyeru dan mengajak kepada perubahan sikap serta bertindak membangunkan yang makruf dan meruntuhkan yang mungkar.
Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan
konsep Islam yang diperjuangakan oleh PAS
Menjelaskan dasar parti dan membetulkan pandangan-pandangan
dan sangkaan yang negatif terhadap PAS
Mengulas dan mengupas isu-isu semsa dan menjawab
segala tohmahan terhadap PAS
" Menuju Negara Berkebajikan"
Sunday, 18 December 2011
KURSUS MERAYU UNDI HaLWa PARLIMEN BUKIT GANTANG-18 DIS 2011 AHAD
18 Dis. 2011, Ahad: DMPK Bukit Gantang hari ini telah menganjurkan satu Kursus PGS Merayu Undi HalWa Parlimen yang melibatkan AJK DMPK Bukit Gantang, AJK HalWa JPRK AJK Halwa MTD-MTD, Ketua & S/Usaha Halwa UPU, Ketua & S/Usaha JMC dan Petugas-petugas Hardcore Parlimen Kawasan Bukit Gantang. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada ahli-ahli terhadap gerak-kerja yang efisyen merayu undi. Disamping itu juga bertujuan bagi memantapkan strategi menghadapi PRU 13. Sebanyak 10 jenis soalan telah disediakan oleh Puan Amizan kepada petugas perayu undi untuk di bengkelkan . Puan Amizan sebagai fasilitator bagi memudah-carakan supaya hasil & tujuan kursus ini diadakan mencapai matlamat seperti yang dikehendaki. Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 t/hari di markaz Negeri Air Kuning, Taiping, Perak.
"BERJUANGLAH WAHAI ANSORULLAH,
DENGAN MATLAMAT DAULAH ISLAMIAH,
BERKORBANLAH WAHAI YANG BERIMAN,
DENGAN HARTA DAN SEGENAP KEPUNYAAN,
BERGERAKLAH KEGERBANG JASA,
KALAH MENANG BUKAN ALASANNYA......."
AJK DMPK |
HalWa DUN Sepetang |
Sedang memberi sepenuh tumpuan...kena buat catitan |
Persembahan bengkel....kena serius |
HalWa DUN Changkat Jering |
Persembahan bengkel kumpulan yg terlibat |
Persembahan yg teruja... |
HalWa DUN Trong |
Perbincangan sebelum bengkel |
Ada kertas kerja ke? |
Pn Zaiton sebagai pengerusi majlis |
Brainstorming....(percambahan fikiran)...masing-masing ada peranan |
Peserta 3 DUN Parlimen Bukit Gantang..N13,N14 & N15 |
Pn Amizan Ketua DMPK Bukit Gantang sedang memberikan taklimat |
Tumpukan perhatian & pendengaran ... |
Dah dapatkan jawapan nya? Giliran kita lepas ini.... |
Pendaftaran oleh Ketua HalWa N13,N14 dan N15...(sempat juga depa bergambar) |
Bincang dan dapatkan kata sepakat atas soalan yg dilontarkan...kemudian buat rumusan |
Penggulungan atas isu yg dicetuskan...ambil perhatian |
Panjang lebar perkara yg dibincangkan |
Rumusan telah dicapai... |
Siapa yang nak mulakan persembahan? |
Saturday, 17 December 2011
MAJLIS BERKHATAN: PARLIMEN BUKIT GANTANG
Banner Majlis Khatan |
Persiapan terakhir "Bunga Manggar" oleh DMPK & Lujnah Kebajikan untuk upacara mengiringi anak-anak yang akan dikhatankan.... |
Cenderahati siap disusun bagi menyempurnakan majlis itu |
Unit Jabatan Bomba & Penyelamat Taiping diundang membantu didalam majlis tersebut |
Anak-anak peserta diarak dengan kumpulan kompang " SIDANG SENDUK - Tales of the River" untuk upacara mandian. Turut sama mengiring ialah YB DSNJ. |
Pncutan air, tanda perasmian majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen. |
Sejuuuuuknya...... |
Adik Farid Shahrir bin Yusuf, peserta yang paling muda berumur 3 tahun menyertai sama.....kata Ayah dan Ibunya , ia atas kemahuan nya sendiri.... |
Ibu & bapa anak-anak peserta... |
" Berkhatan itu dituntut oleh syarak dan salah satu sunnah Nabi SAW....". Ucapan dari DSNJ. |
Tempat berkhatan dah siap dan Tok Mudim pun dah siap-siaga...jangan takut...mulakan dengan Bismillah... |
AJK PAS Kawasan, AJK DMPK, & AJK Lujnah Kebajikan (Skuad Kebajikan) sedang berehat sebentar menjamu selera dan berbincang |
Dah siap pun....Alhamdulillah....sakit sikit je...didoakan agar cepat sembuh |
DSNJ, Ust Idris, YB Dun Sepetang dan NYDP sedang berbual menunggu majlis tersebut tamat |
Seramai 26 orang menyertai majlis ini yang terdiri dari anak-anak penduduk dalam Parlimen kawasan ini iaitu DUN Cht Jering, DUN Sepetang dan DUN Trong.
Ahli Parlimen Datuk Seri Hj Nizar bin Jamaluddin telah merasmikan majlis tersebut. Turut hadir sama ialah AF Ust Hj Idris bin Hj Ahmad selaku AJK PAS Pusat dan juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Malaysia. Gerak kerja turut dijayakan sama oleh AJK PAS Kawasan, Sekretariat Ahli Parlimen, Dewan Muslimat PAS Bukit Gantang, Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang, Jabatan Unit Amal dengan sokongan dan kerjasama ibu-bapa peserta dan orang ramai. Diantara Lujnah yang terlibat ialah Lujnah Kebajikan PAS Kawasan & DMPK, Lujnah Penerangan PAS Kawasan & DMPK.
Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping juga turut dijemput untuk membantu memandikan anak-anak yang hendak berkhatan dengan menyediakan kenderaan tangki air yang besar.
Lujnah Kebajikan DMPK telah berbesar hati menyumbangkan cenderahati dan bunga telur kepada peserta-peserta dan juga kepada anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. DMPK yang diketuai oleh Puan Hjh Jiaranah telah membantu melaksanakan majlis tersebut dari awal hingga akhir dengan jayanya.
Mudim terkenal dari Batu Hampar Jalan Beruas Tn Hj Shaaran telah melakukan upacara berkhatan beramai-ramai itu.
Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan baik, lancar dan selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)